Johan Pertandingan Unit Bimbingan&Kaunseling 2014
- thaniessmksu
- Oct 21, 2015
- 1 min read
Masyarakat kini berpendapat bahawa mereka yang memasuki bilik kaunseling merupakan mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab dan tiada masa hadapan.Jika anda berpendapat yang sama,tolong ubah pendirian anda.Tujuan unit bimbingan dan kaunseling dibuka adalah bukan sahaja untuk menginsafkan mereka yang bermasalah sahaja,malah sesiapa yang ragu-ragu terhadap masa depan mereka dan kerjaya mera,mereka bolehlah berhubung dengan guru-guru kaunseling yang terdapat di sekolah.Jangan risau guru-guru kaunseling telah menghadiri kursus khas dan mereka ini boleh dipercayai dan tidak akan membongkar rahsia anda.Segala rahsia boleh dikongsi bersama guru di sini.Bukan sahaja guru, malah rakan-rakan prs anda juga boleh membantu anda.Guru-guru kaunseling dengan bantuan Pengawas Pembimbing Rakan Sebaya telah mengambil satu langkah kehadapan uuntuk menghias bilik kaunseling bertujuan untuk menarik perhatian murid-murid ke bilik ini.Sekolah Menengah Saujana Utama telah menjadi Johan bagi Pertandingan Unit Bimbingan dan Kaunseling peringkat Daerah Kuala Selangor tahun 2014.Kami berbangga atas kejayaan ini dan kami akan meningkatkan pencapaian kami satu per satu.Di sini disertakan beberapa gambar Bilik Kaunseling Smk Saujana Utama.
Comments