top of page

Johan Pertandingan Makmal Sains 2014

  • thaniessmksu
  • Oct 21, 2015
  • 1 min read

Seperti yang anda semua tahu, SMKSU merupakan salah sebuah sekolah terbaik dan ia telah dikelaskan dalam kategori 5 sekolah yang terbaik.Namun begitu, kejayaan yang dicapai bukanlah dengan senang, malah ia merupakan usaha guru-guru dan murid-murid di sekolah yang menjadikan sekolah ini sebagai kategori sekolah terbaik di negeri Selangor.Di sekolah ini pilihan majoriti pelajar tingkatan 4 ialah pilihan Sains Tulen dan di sekolah ini terdapapat 4 kelas yang mempuanyai pilihan ini.Dengan bantuan dan kebenaran Pengetua Smk Saujana Utama, guru-guru matepelajaran Sains telah mengambil inisiatif untuk membuat penambahbaikkan terhadap makmal-makmal Sains dan sudut-sudut Sains.Pada tahun 2014, terdapat Pertandingan Makmal Sains peringkat sekolah menengah dan tanpa diduga Smk Saujana Utama telah menjadi Johan bagi pertandingan ini.Guru-guru di sekolah ini telah sedar bahawa,betapa pentingnya Sains dalam kehidupan diri kita dan mereka dengan kata sepakat,hendak melahirkan insan berilmu Sains dan hebat dalam bidang ini.Pada zaman ini, kemahiran dalam bidang Sains merupakan salah satu kemahiran yang dipandang tinggi oleh masyarakat.Maka,tidak salah guru-guru Smk Saujana Utama telah mengambil langkah pertama bagi anak-anak murid mereka cemerlang dalam bidang pendidikan.Kemenagan tersebut merupakan kemenangan yang agak besar bagi sekolah ini kerana ini merupakan Pertandingan Peringkat Negeri Selangor dan ini merupakan salah satu penghormatan yang besar kepada sekolah ini.Terima kasih kerana sudi membaca website ini dan meluangkan masa anda.Di sini kami sertakan beberapa gambar yang merupakan bukti Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Utama merupakan Johan Pertandingan Makmal Sains 2014 Peringkat Negeri Selangor.


 
 
 

Comments


©2015 Team Media Sosial SmkSU

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Tumblr Social Icon
  • Twitter Social Icon
  • YouTube Social  Icon
bottom of page